Isu perundangan Dadah_rogol_janji_temu

Dikebanyakan tempat di dunia, samaada dadah digunakan tidak berkait dengan isu samaada sesuatu kejadian tertentu merupakan rogol. Istilah perundangan bagi rogol di negara seperti Amerika Syarikat turut merangkumi ketiadaan kebenaran apabila mangsa tidak mampu mengatakan "tidak" pada hubungan kelamin, samaada kesan adalah disebabkan diberi dadahm atau meminum alkohol.[11]

Bagaimanapun seringkali adalah sukar bagi mangsa untuk datang kehadapan dan bagi pendakwaraya untuk membawa kes keperbicaraan. Bagi mangsa adalah amat sukar untuk mereka mengetahui samaada mereka bersetuju atau tidak atau diberi dadah secara sengaja atau secara sukarela. Bagi pendakwaraya terdapat kesukaran membuktikan niat atau ketiadaan kerelaan sekiranya rogol atau serangan berlaku tanpa saksi (terutama di rumah persendirian) dan di mana kedua pihak mengambil dadah atau alkohol disebabkan kedua-duanya tidak mampu memberikan kebenaran secara perundangan. Tuduhan jarang dibawa ke mahkamah kecuali terdapat bukti bebas bagi pengambilan dadah secara paksa atau aktiviti seksual secara paksaan.

Keseluruhan konsep rogol dadah dipenuhi masalaah perundangan, dan terdapat kemungkinan tinggi berlakunya salah bawa keadilan. Perogol boleh dibebaskan kerana mangsa dilihat sebagai tidak boleh diharap atau kerana mangsa minum terlalu banyak atau mengambil dadah secara sukarela. Pada mangsa yang sama, tuduhan rogol atau serangan seksual secara teori boleh dikenakan kepada sesiapa yang mengadakan hubungan seksual ketika berada dibawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sekiranya dadah atau serangan boleh dibuktikan, penggunaan dadah kemungkinannya meningkatkan tahap serius kes. Sebagai contoh, di Indiana, Amerika Syarikat kesalah ini meningkatkan tahap kes dari kesalahan Kelas B pada Kelas A apabila pelaku memberi dadah pada mangsa atau mengetahui bahawa minuman mangsa ditambah dadah.[12]

Rujukan

WikiPedia: Dadah_rogol_janji_temu http://www.cbsnews.com/stories/2008/02/21/earlysho... http://criminal.findlaw.com/crimes/a-z/rape.html http://www.greenprophet.com/2012/08/israeli-anti-r... http://www.newscientist.com/channel/health/mg18925... http://www.roofie.com http://definitions.uslegal.com/d/date-rape/ http://www.womenshealth.gov/faq/date-rape-drugs.cf... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://dx.doi.org/10.1111%2Fj.1742-6723.2009.01185... http://toolserver.org/~verisimilus/Bot/DOI_bot/doi...